Followers

Wednesday, March 5, 2014

KEEP CALM & LOVE YOUR HUSBAND!

                Assalamualaikum wbt
          Mengikut bancian yang telah dijalankan ke atas kawan-kawan sakinah sulaiman, sebanyak 75% daripada rakan-rakannya telah pun berkahwin. Dan mengikut pemerhatiannya juga, rata-rata kawannya yang berkahwin dan yang bergelar isteri dan kebanyakannya (bukan semua) boleh disifatkan mudah cemburu, suka mengawal dan mengongkong dan tak boleh sedikit wanita lain bergurau senda dengan “laki”nya itu.
Ok. takpe. Lagipun, Pepatah ada menyebut
“CEMBURU ITU TANDA SAYANG”
         
Eh. Betul ke sayang? Serius?

          “Seorang isteri yang menyayangi & mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan telah berjanji akan bersama-sama ingin ke jannah tidak sesekali akan membiarkan atau mengheret suaminya ke pintu neraka atas dosa2 yg dilakukan olehnya(si isteri) dengan sengaja.”

Gittew.
Tak mau ehh cakap banyak. Cek sendiri-sendiri la ye? J
tutup aurat ok?
Cara bergaul dengan suami ok?
Layanan terhadap mertua ok?
Rumah tangga terurus dengan baik tak?
Solat tinggal tak?
Ada buat perkara yg Allah larang tak?
Dan banyak lagi. 


pedih. Memang la pedih. Tapi hakikat kan?


”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka  masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.”
 (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

selamat muhasabah.  Audit diri. Taatkan Allah & suami.  Buat apa yg disuruh oleh tuhan, tinggal apa yg dilarang.
Keep Calm & love ur husband till Jannah!~~






No comments:

Post a Comment