Followers

Wednesday, March 5, 2014

KEEP CALM & LOVE YOUR HUSBAND!

                Assalamualaikum wbt
          Mengikut bancian yang telah dijalankan ke atas kawan-kawan sakinah sulaiman, sebanyak 75% daripada rakan-rakannya telah pun berkahwin. Dan mengikut pemerhatiannya juga, rata-rata kawannya yang berkahwin dan yang bergelar isteri dan kebanyakannya (bukan semua) boleh disifatkan mudah cemburu, suka mengawal dan mengongkong dan tak boleh sedikit wanita lain bergurau senda dengan “laki”nya itu.
Ok. takpe. Lagipun, Pepatah ada menyebut
“CEMBURU ITU TANDA SAYANG”
         
Eh. Betul ke sayang? Serius?

          “Seorang isteri yang menyayangi & mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan telah berjanji akan bersama-sama ingin ke jannah tidak sesekali akan membiarkan atau mengheret suaminya ke pintu neraka atas dosa2 yg dilakukan olehnya(si isteri) dengan sengaja.”

Gittew.
Tak mau ehh cakap banyak. Cek sendiri-sendiri la ye? J
tutup aurat ok?
Cara bergaul dengan suami ok?
Layanan terhadap mertua ok?
Rumah tangga terurus dengan baik tak?
Solat tinggal tak?
Ada buat perkara yg Allah larang tak?
Dan banyak lagi. 


pedih. Memang la pedih. Tapi hakikat kan?


”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka  masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.”
 (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

selamat muhasabah.  Audit diri. Taatkan Allah & suami.  Buat apa yg disuruh oleh tuhan, tinggal apa yg dilarang.
Keep Calm & love ur husband till Jannah!~~






Wednesday, January 29, 2014

HORMON CINTA.

Assalamualaikum w.b.t,
          Kalau kita perasan kan, sebenarnya, dalam hidup kita ni, akan ada satu stage umur tu, kita seringkali bebicara tentang cinta. Selalunya, stage umur ni masih dok fokus nak cari “bakal imam dan makmum”. Umur antara 18-23, kalau gadis2, memang tengah “galak” berbicara soal ini. Untuk nampak ala-ala2 macam baik, haruslah ada word “halal”, “imam”, dan “makmum”. Pastu ditambah dengan ayat2 dan kata2 ala-ala doa, tambah ‘nama tuhan’ sikit,  pastu tambah ayat “tolong jagakan dia” sikit, pusing2 sikit kasi nampak sweet, amek gambar/anime muslim/ah, bubuh wording sikit kat belakang tu, haa siap untuk di share. Remaja2 yg baca tersentuh sebab rasa “alololo sweet sangat”mula la ghairah menekan button share. Lepas share jadi obses, lepas obsess kita berangan, lepas berangan kita terbangun dari lamunan, kemudian baru kita sedar, satu tempoh masa telah dibazirkan.

          Tersentap? Sakit hati? Rasa macam diperli? Rileks sis! Rileks Bro. (esp sisters la, sebab kebanyakkannya sisters la yg selalu buat kerja macam ni). Sebenarnya, saya tidak mahu menyentap sesiapa melainkan menyentap diri sendiri sebenarnya. Ya. Suatu ketika dahulu saya pernah lalai. Tersangat lalai dengan cinta. Pakwe takde pun padahalnya, calon suami jauh sekali, tapi boleh kata hampir setiap hari memikirkan soal cinta. Soal rumah tangga. Soal siapa bakal imam saya. Obsess. Mase tu sampai orang cop muka saya ni ibarat “sakinah dan bab kawen/cinta berpisah tiada”.  Aduh! Malu pulak bila mengenangkan waktu silam. Kadang2 nak scroll bawah2 balik untuk baca status2 lama, rasa tak sanggup. Rasa nak muntah dan meluat dengan diri sendiri.

Tak salah pun sebenarnya nak berbicara soal cinta. Serius tak salah. Perasaan tu kan fitrah. Malah, kita ni, tak payah le nak menolak fitrah. Konon2 berlagak cool macam tak mungkin akan jatuh hati pada manusia. Tak payah. Tak payah. Yang silap tu, bila kita terlalu obsess. Obsess sehingga kita bazirkan masa, idea, dan tenaga muda kita pada sesuatu yang lalai. Sesuatu yang hanya memuaskan perasaan sendiri dan tidak memberi manfaat sangat pada orang lain.

          Saya suka berfikir. Ada satu hari tu, saya tak tahu la macam mana tetiba hati saya tergerak untuk berfikir lebih kurang macam ni:
“apa tujuan sebenarnya Allah itu hidupkan kita? apa yang Dia nak kita buat sebenarnya? Apa tujuan berkahwin? Dia hidupkan kita dari kecik sampai besar memang nak suruh kita ni cari Imam/ makmum je eh? Kalau itulah tujuan Allah ciptakan kita, bukan ke macam sia2 je? takkanlah Allah tu sediakan syurga untuk org yang sibuk mencari imam@makmum macam aku ni? Huh! Seriously????”

Mula la tersentap. 24 tahun hidup di bumi Allah ni, apa je yang aku dah buat? Apa je aku dah bantu Islam? Apa je yang aku dah buat untuk membantu  ummah? Kemudian, Allah tu “sentap” saya dengan macam2 lagi persoalan dan kisah2 sejarah untuk buat saya terasa lebih betapa uselessnya saya sebelum ini. Sultan Muhammad Al-fateh berjaya membebaskan kota kontastinopel pada usia awal 20-an. Saidatina Aishah menghafal ribuan hadith pada usia mudanya. Sedangkan saya pada lingkungan usia yang sama banyak menghabiskan masa dengan angan-angan tentang cinta!

Mula tersedar, selama hampir separuh dekat bernafas di bumi Allah, saya lebih tertumpu kepada hal berkaitan diri sendiri. Tak kisah orang lain. Tak fikir orang lain. Saya mula malu dengan masa silam saya yg agak banyak dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, Allah menyedarkan saya. Langkah pertama diambil. Bersama-sama Junior UIAM, (mostly student2 final year dan rakan sebaya ni lebih banyak tumpu class dan running man, sebab tu saya lebih banyak bergaul dengan junior, sebab diorg ni, running man pun running man jugak, tapi humanitarian activities tak dilupakan) cuba menjayakan dan conduct aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara umumnya. Dari pada program membahas kertas kerja (conference) hinggalah aktiviti2 bersifat kebajikan, semuanya saya sertai dan adakalanya saya menjadi penggerak. Ketika itulah Saya menemui JIWA saya yang baru, dan rasa sangat HIDUP apabila saya dapat “memberi” pada org lain.



Walaupun saya pernah lalai suatu ketika dahulu, ia tetap memberi satu nikmat kesyukuran buat saya. Rasa macam: “mujurlah Allah tu lalaikan aku awal-awal, cepat sikit aku ‘kembali’. Kalau dah tua2 baru nak lalai, alangkah rugi takut tak sempat kenal Illahi!”. Alhamdulillah, atas sebab pernah buat silap, bila tersedar, saya lebih tahu apa yang saya perlu cari, dan kejar dalam hidup, serta memiliki tujuan hidup yang jelas.

          Lihat diri kita. muhasabah balik, kenapa Allah itu ciptakan kita. macam saya kata tadi, cinta tu fitrah dan tidak salah, Cuma biarlah cinta itu pada tempat yg betul dan jangan sampai kita terlalu obsess sampai lupa pada Pencipta kita. Seriously, semua orang kejar Jannah. Semua. Tapi fikirlah balik, takkanlah kita hanya mampu mencapai jannah dengan orang yg kita cinta sedangkan kita tak berfungsi sebagai “khalifah” kat muka bumi ni? Tak berfungsi sebagai manusia yg memberi manfaat kepada orang lain dan hanya ambil tahu hal diri kita dan org yg kita cinta sahaja? Semudah itu Allah nak bgi kita syurga? Semurah itu?

Matlamat utama Redha Allah dan mendapat Syurga. Perjalanan sepanjang nak pergi ke syurga itu menuntut kita untuk tidak mementingkan diri sendiri, sampaikan manfaat kepada org lain dan bantu orang lain untuk kenal Allah & syurga. Dan dalam perjalanan itu, pasti ada ujian. Dan kita tak mampu nak hadapi seorang diri dan perlukan ‘peneman’. Peneman ini yang akan bersama dengan kita susah senang, dan sentiasa bersama2, faham dan menjadi penggerak untuk menuju redha Allah. Dan peneman inilah juga yg kita sama2 nak pimpin tangan dia nak menuju syurga Allah tu sekali. Kisah hidup kita bukanlah hanya setakat dibesarkan ibu bapa, masuk sekolah, masuk university, cari kerja, cari pasangan, dan kahwin. Yeay! The end. tidak sama sekali ya.

Jadi, jom muhasabah baik diri kita. kenal pasti dan tanya pada diri, apakah yg sewajarnya kita buat pada usia ini? Apakah yg sewajarnya kita sumbangkan kepada masyarakat dan agama pada usia ini? Jangan terlalu obsess dengan cinta. Kawal. Kawal. Kawal. Semoga kita bukanlah dari golongan yang mensia-siakan usia muda kita.

Sakinah Sulaiman.
29 Januari 2014

3.55pm

Tuesday, October 22, 2013

Count Your Blessings Pleaseeee!

Merungut adalah satu penyakit. Penyakit yang akan membawa diri kita untuk jadi tak bersyukur dan tidak bahagia.
        Semakin menjadi seorang dewasa ni, saya semakin berdepan dengan realiti. Reality yang tak semuanya indah, tak semuanya baik dan tidak semuanya cantik. Berdepan dengan dunia sebenar dan Mendengar cerita-cerita dan kisah-kisah orang lain, yang banyak saya boleh mengambil iktibar  daripadanya.
        Membesar dan melihat ada diantara orang sekeliling yang mempunyai masalah, Allah mengajar saya tentang kehidupan secara “indirect”, belajar untuk kurangkan high expectation dan always be prepared.
        Dalam hidup kita ni, setiap apa yang kita lalui, mesti ada kekurangan dan kita sendiri susah nak capai apa yang kita impikan. Atau pun, apa yang kita expect tu tak sama seperti apa yang kita dapat. bila keadaan dah begitu, maka, kita mudah untuk merungut dan mengomel sini sana.
        Sebagai contoh, yang sudah berkerja, merungut tentang kerja. Kerja banyak dan tak pernah habis. Yang dah berkahwin, mula merungut tentang pasangan masing-masing. Diabaikan isteri, suami jenis tak menghargai.Yang dah ada anak, merungut tentang anak-anak dan karenah mereka. Sudahnya, diri mula merasakan life is bad!
        Teringat saya ketika masih menuntut di universiti dahulu, seorang sahabat saya bercerita kepada saya, ketika dia mengandung, dia mengalami alahan dan pening dan teruk, kemudian dia mengadu kepada suaminya bahawa dirinya rasa bagai tak mampu nak hadapinya. Kemudian suaminya  menjawab,
“sayang, sabar sikit ya? Sayang untung tau, dapat pengalaman rasa benda-benda macam ni, walaupun sakit pening. Ada orang nak mengandung, tapi tak boleh and tak dapat langsung rasa pengalaman macam ni. Bukan semua orang dapat rasai macam mana sakit, perit, dan penat mengandung. Jadi sabar dan tahan sikit ya?”
Jangan kata kawan saya, dengan saya sekali sentap. Dan dari kata2 suami sahabat saya ni benar2 buat saya berfikir, kita ni memang suka betullah komplen, komplen, komplen!
Seperti yang saya kata tadi, ada orang memang akan merungut dengan perangai pasangan, contohnya isteri merungut tantang suami. Itu tak kena, ini tak betul, sakit hati, makan hati. Ada kawan pulak, kita masih merungut dan kita kata yang kawan kita tu tikam belakang, suka dengki, selalu menyakitkan hati. Padahal kita  bukan tak tahu yang kita sendiri ini takkan dapat life yang 100% perfect tanpa cacat cela walau sedikit pun. Pastu mula la kita nak stress sini sana.

Sebenarnya, punca stress tu datang dari diri kita sendiri. Sebab kita negative sangat melihat kehidupan diri kita. Kita tak pernah nampak apa “lebih” dalam hidup kita. kita sering nampak orang lain lebih, kita kurang, kurang, dan kurang. Kalau kita perasan, sebenarnya, ada di antara kita yang mungkin memiliki suami yang kurang baik, tetapi mereka memiliki sahabat2 yang sangat2 baik. Ada yang memiliki kawan2 yang kurang senang dengannya, tapi dia memiliki pasangan dan anak2 yang menyejukkan hati. Contoh lain pulak, Ada yang merungut tentang perkerjaan, tetapi masih ramai lagi orang2 di luar sana yang mengimpikan pekerjaan sepertinya.

Kalau kita sedar hakikat ini, sudah tentu kita takkan rasa stress. Formulanya mudah, cintai dan appreciate apa yang kita ada. Dan jangan sekali-sekali kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Baik atau buruk “life” kita ni, Kedua-dua bersifat temporary. Kalau kita rasa kehidupan kita sekarang sudah cukup baik, maka jangan lupa untuk berhati-hati. Sebab kita tak boleh duga ujian apa yg Allah mungkin bagi kat kita akan datang. Kalau kita rasa, hidup kita ni sangat2 teruk, jangan bersedih, kita kene kuat dan banyakkan bersabar. Ia juga hanya bersifat sementara walaupun ‘sementara” itu mungkin memakan masa yang lama. Tapi sebab “future” tu memang rahsia Allah, kita pun tak boleh nak duga atas kesabaran kita selama ni, Allah nak bagi “hadiah” apa sebagai ganjaran.
        Jadi belajarlah menghargai nikmat yang kita ada hari ini. Tak kiralah nikmat yang kita nampak ataupun yang kita tak nampak. Kalau masih rasa tak cukup dan tak sempurna, maknanya kita ada gap dengan pencipta kita. sebab kita masih tercari-cari dan tak nampak nikmat yang Allah bagi. Ubatnya, kembalilah kepada pencipta, kenalilah DIA dan jangan lupa untuk hitung sekali berapa banyak nikmat free yang Dia bagi kat kita tapi kita tak pernah appreciate pun. Count your bless pleaseeee. Berapa dapat? sekotak? Sebakul? Ke tak terhitung? J




        

Friday, October 11, 2013

Buat baik itu best.

         Assalamualaikum w.b.t,

        Last post saya dah cerita kan pasal kebaikan rambang. Now nak share pulak how it feels setelah melakukan kebaikan rambang tersebut.

        Sebenarnya kan.. sebenarnya kan… saya sendiri pun tak pernah lari dengan perangai ntah hape2 ntah suatu ketika dahulu. Dengan perangai yg cepat nak melentingnya, tak suka lambat2, suka komplen2 (lebih2 lagi bab2 beli barang dan servis yg tak memuaskan) dan tak boleh org lain salah sikit, mesti nak bising je. ntahle. Ade penyakit cerewet sikit dulu. dulu la. Dulu. mase umur2 baru lepas habis spm. sekarang baik dah sikit. Ngeh. Ngeh. :P
 Alhamdulillah, 4 tahun hidup di kampus, berkawan dengan orang2 yang baik dan positive, sedikit demi sedikit, keluarlah perasaan malu dengan diri sendiri sebab perangai dulu tak berapa nak comey. Tu la penangannya, bila kita banyak berkawan, bergaul, dan turut sama serta dengan kawan2 buat benda baik.

        Kalau dulu, jenis2 manusia2 yang suka “tengok….” je, ai le tu. takde orang lain. Ada manusia jalan-jalan, tetibe barang dia terjatuh,  ai tolong tengok je. tak reti nak tolong angkatkan barang2 dia. nampak sampah tgh2 jalan, sebab rasa sampah tu bukan kita yg punya, ai buat tak nampak. Menonong je jalan. tapi sekarang, Alhamdulillah, dah molek sikit perangai. Actually, nak kata ade something happen yang mengakibatkan terjadinya turning point tu, tak jugak. ia lebih kepada perasaan betapa seronoknya menjadi baik dan rasa sesungguhnya tak rugi pun kalau kita buat baik kat orang.

        Perubahan untuk jadi lebih baik itu dimulakan secara slow-slow. Bermula dengan mengurangkan membebel dan komplen pada perkara2 yang remeh temeh, seterusnya mengawal api kemarahan yg cepat naik dan membuang sedikit demi sedikit perangai semua nak perfect aje telah membuatkan diri ini menjadi a better person, rasional dan mudah untuk bertoleransi. Atau nama lain2nya, dengan adanya perubahan yang baik dalam diri, secara automatiknya ia merubah diri kita untuk menjadi manusia yg bertindak memakai otak dan bukan lah memakai lutut. Hehee..

        Setelah diri merasa seperti dah baik sikit dari sebelumnya, dada menjadi lapang, hati menjadi tenang, takde rasa benci kat orang, rasa lebih mudah untuk memaafkan, dan sentiasa rasa nak buat baik sokmo kat orang dan lebih beretika dan skema. Suatu hari, ketika di stesen lrt masjid jamek, Dengan keadaaan yang bersesak2 dengan ramai manusia dan semuanya macam rushing gila2 macam tak menyempat, saya terlihat seorang pakcik buta hendak menaiki escalator. Masa tu, kalau ikutkan, saya pun nak rushing jugak, sbb bimbang terlepas bas ke kuantan. Tapi sebab kesian sangat2 tgk semua org dok main selamber rempuh2 pakcik tu, maka saya pun, pegangla lengan baju pakcik tu dan naik escalator bersama2 dengan dia. sampai je atas, terus saya lepaskan lengan baju dia. I just want to make sure the pakcik dpt naik escalator tu dgn selamat. Pergh! Satu perasaan yg tenang dan lega menerpa hati sebab dapat bantu pkcik tu, biarpun ramai yg pndang, mungkin sebab saya seorang bertudung labuh dan dilihat seperti selamber je pegang tgn pakcik tu, wlupun hakikatnya, saya tak pegang pon. Hue hue hue

        Another story, mase bulan Ramadhan tahun lepas, saya pergi ke satu bazaar ramadhan ni utk usyar2 makanan yg boleh dibeli untuk berbuka. Ternampak seorang pakcik buta ni. (pakcik buta lagi. huhuhu..) Actually, memang dah selalu nmpak pakcik buta tu since dari kecik2 lagi.. tapi rasanya selepas lebih sepuluh tahun, pakcik tu masih ada. Pakcik tu jual tisu muka. Rasa kesian menerpa lagi sekali. Entah macam mana tetiba terdetik kat hati,
“apesal kalau sedekah je kene bagi duit haa? Tak salah kot kalau kita bagi makanan kan? Kan? Kan?”
So, dengan terdetiknnya idea yg secara tiba2 itu, maka berlari-lari anaklah saya menuju gerai2 yg menjual nasi dan kuih utk dibelikan buat pakcik buta tadi.


Kat area2 pasar malam, memang tak dinafikan ramai yg mintak2 sedekah ni. Wlaupun memang ade sindiket mengemis ni tapi rasanya kita sendiri boleh rasa kot dengan hati yg mana betul2 susah dan yg mana betul2 sindiket. (eh? Boleh ek rasa gitu? Terpulang pd diri masing2) cumanya, on part sedekah ni, kita boleh buat dalam dua keadaan. Yang pertama dan menjadi kebiasaan, sedekah dengan duit. Yg kedua, sedekah dengan duit + makanan. Saya buat macam tu sebab saya pernah terdetik dan terfikir dalam hati, apalah salahnya kalau kita kongsikan “nikmat” makanan2 sedap2 dengan orang2 susah ni, dan duit yg kita sedekah tu boleh la dia beli keperluan yg lain. Ye dak?

So, hari tu, lagi sekali, rasa lapang gila hati ini. Lapang gila2. Rasa tenaaaaangggg je.
rasa seronok menjadi baik. Rasa best menjadi orang yang baik hati. Bila hari2 kita buat baik kat orang, satu benda yang saya perasan perubahan dalam diri, saya jadi tak cepat untuk melenting, tak suka nak memarah tak tentu pasal dan lebih mudah nak kawal perasaan.

Sebenarnya, tindakan yg baik dan positif akan meransang diri kita untuk buang segala sifat negative. Wah! wah! wah! nampak tak? Nampak tak? Dah macam Prof. Muhaya dah saya menulis. Haha :P
Tapi serius. Sapa2 yg kat luar tu, yang nak cuba jadi baik, nak buang perangai2 tak elok, banyakkan berbuat kebaikan rambang! insyaAllah, lama2 ia akan menjadi habit kita, seterusnya menjadikan kita orang yg lebih baik dari sebelum ini.


Selamat beramal! Jom sebarkan kebaikan! Sebarkan kasih sayang! <3 

Thursday, October 10, 2013

Fairy Vs Another Fairy


Kenkadang, memang best melakukan lawak2 tak cerdik bersama hadek-beradek.

"weyh. nipis gila perut si Kilafairy tu.." ujar Tipah kepada minah. 

"well, Biasalah. Body si Kilafairy tuh macam body aku kan?" minah menjawab. 

ini adalah Kilafairy.


"Kau? Kau macam Kilafairy? engkau tu macam Fairy Godmother adelah!"
cantas tipah dengan penuh konfident. 


"Cis" bentak minah di dalam hati. 



ini adalah fairyGodmother. 



TAMMAT.


Wednesday, September 18, 2013

Selit Duit

Hellu, Hellu, Hellu, Assalamualaikum!

        hari ni saya nak nak share sikit cane nak simpat duit kecik2 mengikut kaedah selit duit. Haha.. bunyi je macam khurafat, tapi sangat2 bernas dan tak merosakkan aqidah pun kalau korang buat. Ngeh. Ngeh.

        Saya ni sebenarnya, bukanlah kaki boros, tapi kalau perangai suka membazir (baca: kadang2 membazir) on small-small things ni memang suka la jugak. kadang2 kalau beli sayur2 tu, saya mesti akan amek punya la kit-kat 4batang rm2.50 atau pun Cadbury Time-out! Tak pun lagi, beli aiskrim Trophy. Perangai tu. Perangai. Kadang2, tu sebab sekali keluar kita hanya spent RM2.50, memang tak rasa banyak. Tapi kalau kau dah sepuluh kali beli kitkat, Cadbury ngan eskrim kegemaran tu, tak ke dah bazir 25 hengget? 25 hengget lepas la untuk membeli facial foam bersama adidas anti-peluh untuk jangkamasa sebulan setengah.  Phew!

        Menyedari hakikat suka membazir on benda2 kecik tanpa disedari, maka saya telah membuat satu langkah menyimpan duit. Setiap hari, bodo-bodo pun cik kina akan masukkan RM1. kalau time tak bodo, boleh jadi masukkan 2 hengget, 5 hengget dan kadang2 bila mak cik raso makcik kayo, makcik masukkan 10 hegget dalam tabung. Ngeh-Ngeh lagi. kekadang, kalau sehari lupa nak masuk duit singgit dalam tabung, esoknya saya akan qadha’ balik. Gittew. Pon boleh. Haha.

Tu cara pertama, cara kedua pulak ni la yg menggunakan kaedah selit duit. Cik kina suka selit2 duit kat ntah mana-mana ntah, but mostly kat beg2 duit buruk yg dah lama, dengan harapan duit tu beranak. Ok. tipu. Haha.. sebenarnya, saya akan selit je duit2 tu merata2 tempat, dengan harapan bila saat sengkek tiba, saat mencari2 duit, saya akan terjumpa la duit2 tu semula. Selit punya selit, cari punya cari, dan kumpul punya kumpul, last2nye duit yg berjaya di simpan akan membuatkan kita tak sengkek balik. Heheh… and kaedah kedua ni lebih baik sebab bila kita lupa kat mana kita letak, maka takde lah kita gatal2 nak amek duit tu balik sampai tak sempat nak simpan. Tidak seperti menyimpan duit dalam tabung, ujung bulan mesti korek tabung punya. Serupa macam tak simpan je. walaubagaimanapun, kaedah selit duit ni,  Keburukannya, kalau kita lupa kita letak mana duit tu, ade kebarangkalian, kita dah takkan jumpa dah duit tu sampai bile-bile. Hahaha..


        Nak menabung ni, bukan perlu mase kita kecik2 je, dah besor2 gajah ni pun masih kene menabung. Make sure dalam beg duit takde banyak duit sangat, sebab bila dalam beg duit kita takde duit, kita akan rasa macam kita tak kaye. Bila kita rasa tak kaya, secara automatiknya, kuasa membeli (purchasing power oghang puteh kate) akan menurun. Bila kuasa membeli membeli menurun, kita pun tak berdaya sangat nak membazir.  Tips kat atas tu, memang elok dan molek bebenor untuk org2 yg macam saya yg suka shopping benda2 kecil (kununnya) tanpa disedari. Sometimes, saya tak nafikan, kita ni kenkadang suka shopping sbg reward untuk diri kita yg penat cari duit. Tapi kalau kita tak kawal, boleh jadi kita mudah untuk habiskan duit pada benda2 yg tak perlu. So, selamat beramal! ;)

Wednesday, September 11, 2013

Kebaikan Rambang.

        Assalamualaikum w.b.t,
Dah lama pulak rasanya tak menulis. Memang rasa dah lama nak update blog ni, tapi masa dan mood nak menulis tu takde. Tapi ntah macam mana, tetiba hari ni tangan rasa gatal, dan hati rasa macam membuak2 gila nak berkongsi and “bersharing-maring” story. Gittew.

        Haaa korang semua pernah dengar tak “kebaikan rambang”? kebaikan rambang ni tak same okay dengan tembak rambang atau jatuh hati secara rambang. Ngeh. Ngeh. :P dia lain. Lain ok. Kebaikan rambang ni kalau dalam bahasa omputeh nya di panggil “Random Act of Kindness”.



Melakukan kebaikan rambang ni takdelah macam kempen pun, tapi konsepnya lebih kurang kita berbuat baik kepada orang lain, tak kira la orang tu kita kenal atau tak, melakukan kebaikan dengan rela hati, dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada org yang kita buat baik tu, termasuklah mengharap cinta & kasih sayang dibalas. Ok. ayat last tu memandai tambah. :P

        Kebaikan rambang ni macam2. Ia boleh dibuat dengan hanya melakukan sesuatu kebaikan yg kecil, tapi kesan dan impaknya tu yg besar. Kebaikan rambang ni juga mungkin juga tidak menuntut anda untuk mengeluarkan duit dan mungkin juga perlu. Depends on what act of kindness yang kita nak buat. Salah satu contoh kebaikan rambang yang tak memerlukan anda megeluarkan sesen pun adalah mengucapkan terima kasih kepada makcik2 cleaner yg membersihkan meja makan anda di food court atau cafĂ©.
mudah je kan? Kalau jenis kebaikan rambang yang mengeluarkan sesen atau lebih dari sesen adalah membelanja kanak2 aiskrim. Comel kan?

Kat Bandar or kota2 macam KL, mungkin kebaikan rambang ni tidak menjadi suatu perkara yang pelik. Tapi kalau kat luar Bandar, mungkin pelik la kot. Yela,sebagai contoh, tetiba kita belanja anak orang eskrim, mungkin mak bapak budak tu akan rasa pelik. Lebih2 lagi kalau budak tu ada dengan bapak dia je, pastu kita yg anak dara ni belanja anak dia eskrim, pasti bapak budak tu rasa macam kita nk mengorat bapak dia sebenarnya. :P

        Seriously, membuat kebaikan rambang ini sangat best sebenarnya. Serius sangat2 best. Sape2 yang rasa mungkin tak pernah buat baik kat orang, and rasa nak cuba untuk buat baik kat orang (esp org yang kita tak kenal) try la buat. Nescaya anda akan rasa happy! Dan juga, kebaikan rambang ini merupakan satu sikap positif dan ia sangat2 la wajar untuk disebarkan.

        Semoga kebaikan rambang ni terus “merebak” dan menular ke dalam masyarat kita dan dijadikan budaya agar ia terus tidak “dipandang pelik” bila ia dilakukan atau dipractice. Dan kita perlu menjadi antara org yang pertama dan terawal untuk sebarkan kebaikan itu.



Jom sebarkan kebaikan! Sebarkan kasih sayang! Mari jadi insan yang prinhatin. Sebab kita tak nak & kita sendiri tak suka hidup dalam masyarakat yang mementingkan diri sendiri, jadi kita sendiri yang perlu memulakannya! :)

Sakinahsulaiman
11 September 2013
3.36pm